Terbitkan karyamu sekarang juga!

Breaking News

BULAN BAHASA DI SINGAPURA SEGERA DIMULAI


...Bulan Bahasa pertama kali dilancarkan pada tahun 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna bahasa Melayu ialah pewaris bahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu dilestarikan menerusi penggunaan yang berterusan. Daripada acara yang berlangsung sekali setiap dua tahun sebelum 2010, Bulan Bahasa telah menjadi acara tahunan. Pelbagai kegiatan Bulan Bahasa telah dianjurkan untuk menggalakkan dan memberikan keyakinan dalam penguasaan bahasa Melayu. Tema Bulan Bahasa Bulan Bahasa 2014 mengajak kita menggunakan Bahasa Melayu untuk tujuan meraih dan menyampaikan ilmu, memasyarakatkan kemurnian adab dan budaya serta mengukuhkan jalinan kemesraan sesama kita. Oleh itu, gunakanlah Bahasa Melayu agar ilmu dan budaya kita tetap terpelihara dan kemesraan terjalin ketara. Terlestarinya bahasa dapatlah kita mewariskannya kepada generasi sesudah kita.